Monday, 9 November 2009

Bendera Dan Lambang Negeri Kelantan

Bendera Negeri Kelantan Darul Naim




Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja. Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

Lambang Negeri Kelantan Darul Naim



Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.

"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.

Saturday, 6 June 2009

Toyota WISH

Toyota Wish is a MPV (Minivan) which was launched since 2003. It is manufactured in Japan (for Japan only), Thailand (for sale in Thailand, Malaysia and Singapore) and Taiwan (for Taiwan only).

Layout - Front Wheel Drive (FWD - code name : ZNE10G) for Asian market

Four Wheel Drive (4WD - code name : ZNE14G) for Japan domestic market only

Engine (s) -

1.8 liter (1794 cc) 1ZZ-FE engine - straight 4 DOHC 16 valves with cast iron’s cylinders, camshafts are chain driven, SFI fuel injection with VVT-i. 132PS and 170 N.m (125 ft.lbf)

2.0 liter (1998 cc) 1AZ-FSE engine - straight 4 DOHC 16 valves with aluminium engine block and cylinder heads, cast iron cylinder liners, camshafts are chain driven, Toyota D-4 direct injection system with VVT-i. 155PS and 192 N.m (142 ft.lbf).

Transmission -

4-speed automatic

7 gear CVT transmission (2005 yrs onwards on 2.0 liter)



Modified Toyota Wish with Lowered Springs, customized front bumper with full body kit





Modified Toyota wish with side wide full body kit



Modified Toyota Wish with rear top spoiler.



Modified Toyota Wish with front customized bonnet (hood) with open pod



Toyota Wish with Enkei RS-7 Sport Rims



Toyota Wish with Japan style’s LED tail light



Toyota Wish with Taiwan style’s LED tail light

Friday, 5 June 2009

Masjid Nabawi



Hari ini hari Jumaat...Jom kita same2 pergi Masjid..hihihihih..jgan ponteng2 yeaaa

Thursday, 4 June 2009

Cara-cara Mengelak dari di Rogol

Jenayah rogol juga boleh dicegah sekiranya wanita mengambil berapa langkah-langkah tertentu untuk menjaga keselamatan diri masing-masing.

Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada sebarang pencabulan (rogol) dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.



* Cara Perlakuan (Modus Operandi Jenayah Rogol)


* Mangsa diserang di tempat sunyi dan berseorangan
* Memujuk pujuk rayu untuk berhibur dan bermalam di hotel atau ke rumahnya
* Menggunakan dadah, minuman keras atau pil khayal sehingga mangsa khayal/tidak sedarkan diri untuk memudahkan dirogol
* Mangsa dirogol semasa melakukan rompakan
* Mangsa dirogol semasa bersendirian di rumah
* Mangsa sendiri bersetuju bersetubuh tetapi membuat laporan atas sebab-sebab tertentu
* Mangsa dirogol dengan tipudaya bomoh
* Mangsa bersetuju mengadakan persetubuhan tetapi dibawah usia 14 tahun.

* Langkah-langkah Pencegahan

* Jika memandu sendirian - sentiasa melihat bahagian dalam kereta anda sebelum memasuki kereta. Pasang penghalang buka kunci kereta di pintu dan di tempat yang memudahkan kereta dibuka tanpa kunci. Selain ia mengelakkan kecurian ia membantu daripada orang berniat jahat
bersembunyi.

* Kunci segera pintu kereta sebelum membuka kunci keselamatan atau menghidupkan enjin kereta. Ini untuk memastikan anda tidak diserang sewaktu leka menghidupkan enjin kereta.

* Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci sewaktu memandu kereta, ini untuk mengelakkan serangan sewaktu berhenti seperti di lampu isyarat atau di simpang jalan.

* Hendaklah lebih berhati-hati apabila berjalan menuju ke arah kereta anda di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di tempat yang terang, dekat dengan pintu yang menjadi laluan dan dikawal oleh pengawal keselamatan dan kamera keselamatan.

* Apabila menggunakan pengangkutan awam, pastikan yang penumpang wanita lain ada bersama anda. Catatkan nombor kenderaan awam yang dinaiki terutama teksi atau sms maklumat tersebut kepada kenalan terdekat. Pastikan anda sekurangnya mengenali jalan yang digunakan untuk ke tempat yang dituju. Ini membolehkan anda mensyaki sesuatu yang tidak diingini lebih awal dan mengambil tindakan.

* Telepon atau SMS sesiapa semasa dalam perjalanan setiap 15 minit atau jangka masa yang sesuai atau sekurangnya memastikan telepon bimbit sentiasa dihidupkan. Ia akan memudahkan usaha mencari anda jika sesuatu berlaku kerana setiap panggilan, sms dan pancaran telepon
bimbit anda, ada catatan di pusat utama telepon bimbit.

* Jika anda melihat seseorang disyaki berlegar-legar di sekitar kawasan kemudahan awam, elakkan daripada memasuki kawasan itu. Sekiranya anda diekori lari ke tempat orang ramai sambil membuat panggilan telepon bimbit.

* Elakkan diri daripada memasuki lif di tempat-tempat terpencil dan sunyi bersama seseorang yang tidak dikenali atau yang dicurigai.

* Dapatkan kerjasama persatuan penduduk dan anda sendiri untuk meminta pihak pengurusan bangunan untuk memasang CCTV didalam lif dan tepat-tempat yang tersembunyi.

* Elakkan dari melalui jalan-jalan di bahagian belakang atau pun kawasan-kawasan yang terpencil atau sunyi. Jika keadaan perlu, pastikan anda memakai kasut yang sesuai mudah untuk anda melarikan diri.

* Semasa di rumah, jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali, pastikan pengenalan diri tetamu terlebih dahulu. Sentiasa bercakap dipisahkan diatara pintu pagar atau gril berkunci. Hubungi orang terdekat untuk kepastian dan memberi maklumat. Jangan sesekali
membuka pintu kepada sesiapa pun.

* Jika mereka mengaku sebagai pihak berkuasa, minta mereka tunjukkan kad kuasa, dapat nombor hubungan pejabat mereka untuk membuat pengenalan. Jangan berikan kebenaran untuk masuk jika anda seorang diri. Jika masih lagi meragukan dan mereka berkeras untuk
masuk, minta mereka tunggu sementara anda dapatkan orang lain untuk datang. Jika benar mereka pihak berkuasa, mereka akan menunggu, sementara anda telepon dan mendapatkan orang lain supaya datang untuk ke rumah untuk menemankan anda.

* Sila dapatkan pegawai wanita dan anda perlu tegas tentang perlunya ada pegawai wanita turut serta untuk masuk ke rumah. Sekali lagi minta mereka nombor hubungan pejabat dan anda telepon sendiri untuk memastikan kebenarannya. Jika tiada pihak polis mengiringi mereka, sila tanya kenapa dan jika perlu anda berhubung dengan balai polis terdekat untuk mendapatkan maklumat. Adalah penting untuk mendapatkan dan menyimpan nombor balai polis terdekat.

* Pastikan rumah dimangga kunci sentiasa walau pun anda mungkin ingin keluar sekejap. Jangan lalai. Pastikan juga anda tahu di mana kunci berada tetapi pastikan ia di tempat yang tidak mudah dicapai dari luar. Periksa rumah untuk sebarang ruang yang boleh dipanjat masuk. Buat sesuatu untuk menguatkan kawasan yang lemah.

* Pasangkan rantai atau kunci buka untuk pandang luar bukan setakat di pintu utama malah di semua bilik. Jika pintu dibuka, rantai tersebut mampu menahan pintu daripada dibuka.

* Jangan terima pelawaan untuk menaiki kereta daripada orang-orang yang tidak dikenali atau baru dikenali. Orang-orang yang kenali juga perlu dikenal pasti dan diketahui oleh keluarga atau teman-teman rapat anda. Beritahu mereka melalui sms atau telepon bimbit tentang nombor kenderaan, warna dan jenis kereta.

* Nasihatkan anak-anak anda supaya jangan menerima pelawaan untuk menaiki kenderaan, hadiah atau makanan daripada orang yang tidak dikenali ketika berada di luar rumah.

* Tidak digalakkan meninggalkan anak gadis bersendirian dengan sebarang lelaki di rumah.

* Lengkapkan diri anda dengan alatan pencegahan seperti siren yang kuat dan penyembur berlada (pepper spray). Hati-hati dengan penyembur berlada, ia turut boleh menjejaskan mata dan hidung anda. Lakukan semburan dengan mepastikan ia ditujukan dengan betul dan anda segera larikan diri.

* Telepon bimbit kini adalah kemudahan yang perlu. Ia boleh membantu anda dalam mendapatkan bantuan atau usaha menjejak anda. Ia tidak perlu mahal asalkan ia boleh membuat panggilan dan SMS.

* Pelbagai alatan dalam beg tangan boleh digunakan sebagai alat pertahanan diri. Sebagai contoh, pen, pensil maskara, hujung sikat atau berus, kunci yang hujungnya didepan apabila diletak antara jari. Spray minyak wangi atau rambut turut mampu menjadi senjata terutama
apabila ia disembur pada mata. Gunakan alat berkenaan semasa anda diserang dan yg paling penting jangan merasa tertekan dan takut.

* Alat berkenaan hendaklah ditujukan pada tempat yg boleh mencederakan penyerang iaitu mata, kerongkong (dileher), perut, lubang telinga, dibawah dagu, sebelah atas bahu, lengan tangan, dada (bahagian puting), tepi pinggang, peha, alat kelamin, belakang leher dan lubang hidung. Ingat ya tujuan serangan adalah untuk melemahkan penyerang agar anda boleh larikan diri.

* Belajar seni mempertahankan diri yang mudah. Belajar bagaimana bertahan dan menyerang tempat yang lemah. Ada bengkel sehari yang boleh diikuti.

* Jika anda keluar makan dengan orang yang baru dikenali, tahu apa yang anda minum dan siapa yang menghidangnya. Jika boleh ajak sesiapa menemankan anda. Pastikan anda pulang awal dan anda dijemput untuk pulang.

* Jangan benarkan gambar-gambar anda diambil terutama oleh orang yang baru anda dikenali. Hati-hati jika anda melakukan hubungan intim yang tanpa pakaian, dengan wujudnya telepon bimbit yang boleh merakamkan gambar dan video, apa yang dirakam dengan mudah boleh
disebarkan di Internet. Ia boleh menjadi bahan ugutan untuk pelbagai perkara yang anda tidak ingini. Hati-hatilah. Hubungan seks adalah satu perkara peribadi sila pastikan ia tidak dirakamkan.



* Sekiranya Anda Dirogol - Apa Yang Mesti Dilakukan?

* Jangan mandi dan basuh diri anda. Pelbagai tinggalan boleh membawa kepada penjenayah dan menjadi bukti dakwaan di mahkamah.

* Segera dapatkan bantuan daripada keluarga dan juga pusat perlindungan wanita. Anda perlukan nasihat kaunseling daripada pakar dan panduan menghadapi tekanan hari mendatang.

* Segera ke balai polis membuat pengaduan.

* Jangan basuh pakaian yang anda gunakan semasa kejadian.

* Jangan ganggu kawasan persekitaran kejadian jenayah. Biarkan dalam keadaan sebagaimana ia berlaku. Ini akan membantu polis dalam siasatan forensik.

* Beri maklumat lengkap tentang kejadian dan bentuk rupa perogol. Walaupun ia merupakan satu tekanan namun ia adalah yang terbaik untuk memastikan penjenayah ditangkap dan setiap maklumat terperinci akan membantu siasatan polis. Sila dapatkan polis wanita untuk mengambil maklumat anda.

* Pegang Nasihat Ini

“You cannot trust anybody except your mother”

Pastikan tiada kelemahan pada pihak anda yang membolehkan penyerang mengambil kesempatan. Biarlah dikatakan kolot dengan memberitahu keluarga atau membawa keluarga anda untuk keluar “dating”. Ia lebih selamat.

Fakta yang paling penting dipetik (IKIM) , banyak jenayah rogol yang dilakukan oleh orang yang dikenali (Acquaintance rape/date rape), seperti namanya, merujuk kepada kes di mana mangsa mengenali perogolnya, baik untuk satu jangkamasa yang lama, mahupun untuk masa beberapa jam sebelum kejadian tersebut.

Radix Fried Chicken



ha...2 malam lepas aku pergi makan kat RADIX FC kat SP...pergh..boleh tahan la...agak tergugat jugak la KFC tu aku rasa...syarikat milik penuh Bumiputra Islam plak tu...salute beb..!!..open 24 hour plak...siap dengan WiFi lagi...

Tp kan..ap yang aku nampak...ni la cara yang paling bagus dan berkesan untuk kiter boikot barang2 luar..barang AMERIKA ker...saper kata Malaysia xleh buat produk setanding dengan Barat???...nah.,ni dah dibuktikan....huahuahuahuhauhaua....

Malaysia BoleYYYYYYY...!!!!

Tuesday, 2 June 2009

Renungan Bersama

ni isu lame sebenarnya..tapi,terasa nak post jgk la...hihhihi


Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my
PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'mencuri tulang' oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat.
Susulannya, pelbagai pihak lain turut mendedahkan versi pengalaman dengan doktor di hospital kerajaan. Semua doktor hospital kerajaan telah dicemuh oleh masyarakat.
Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu).
Inilah bahana apabila membuat tuduhan tanpa usul periksa. Tidak rasa sedih dan terhinakah doktor dituduh sedemikian. Sedangkan kita tahu mereka bertugas dengan dedikasi, merawat pesakit berbilang kaum tanpa jemu, bekerja siang mahupun malam tanpa hirau penat dan lesu - tiba-tiba dituduh secara melulu sedemikian!
Jika ada pun doktor yang bersikap 'curi tulang' jangan dibuat andaian semua doktor begitu. Tempias nama buruk terpalit kepada institusi hospital kerajaan.
Pada hakikatnya ramai doktor masih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.
Sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita pernah menjadi pesakit di hospital mahupun di klinik-klinik kerajaan.
Soal menunggu lama adalah lumrah kerana kita maklum jumlah pesakit yang ramai. Cuma sikap sewaktu memeriksa pesakit perlu dilakukan dengan penuh dedikasi - bukan menunjukkan reaksi kurang selesa dan kurang berminat untuk merawat pesakit.
Pun begitu, kita percaya masih ramai doktor yang komited dengan tugas mereka. Mungkin hanya satu dua orang sahaja yang tidak beretika dan sanggup mencalitkan lumpur kepada nama baik hospital.
Doktor dan pembantunya, jururawat telah diberi kursus dalam membentuk etika yang baik sewaktu bertugas. Mereka tahu cara untuk berhadapan dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai termasuk melayan pelbagai kerenah pesakit.
Petugas di hospital kerajaan harus memberi layanan terbaik kepada setiap orang tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan kerana pesakit terdiri dari golongan kurang mampu dan ditempatkan di kelas kedua atau ketiga, mereka dilayan bagai orang yang tiada perasaan - diherdik dan ditengking sesuka hati.
Profesion doktor cukup mulia. Tetapi naluri manusia sentiasa mahu dilayan dengan cepat dan tidak sabar jika terpaksa menunggu lama.
Perkara ini dilalui oleh para doktor. Bilangan doktor tidak pernah bertambah. Seorang rakan yang memilih bidang ini pernah meluahkan 'tidak ada masa yang cukup' untuk mereka.
Ada masa mereka terlepas waktu makan tengah hari. Kalau mahu ke tandas pun perlu bergilir-gilir. Perkara-perkara seumpama itu adalah biasa bagi seseorang doktor.
Namun, kita belum lagi mendengar doktor menjerit marah kerana kepenatan. Belum pernah kita lihat mereka memberontak dan mogok tidak mahu merawat pesakit.
Kita pun tidak pernah melihat para doktor berpiket menuntut hak mereka. Tak dengar oun mereka meminta dihargai. Sebaliknya mereka terus bekerja penuh dedikasi siang dan malam tanpa jemu merawat pesakit.
Sebenarnya tidak ramai antara kita sedar bahawa waktu bila doktor bekerja. Mereka memulakan tugas sebelum pukul 8 pagi, dan jika on call kena bertugas hingga 36 jam.
Banyak masa mereka korbankan untuk pesakit daripada bersama di sisi ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak.
Mereka tidak pernah merungut tentang gaji. Tidak ada siapa antara kita yang serius memikirkan soal menjaga kebajikan doktor.
Sekarang, amat jarang pesakit atau waris pesakit yang mengucapkan 'terima kasih' kepada doktor. Sebaliknya ada pesakit yang berani menghentak fail ke atas kepala doktor semata-mata kerana tidak diberi cuti sakit.
Tetapi doktor hanya diam, senyum dan meneruskan kerja. Bukanlah bermakna mereka tiada perasaan. Sebaliknya mereka dididik dan dipesan untuk bersabar dengan semua kerenah pesakit.
Jangan kerana desakan sesetengah pihak berkepentingan tertentu, mereka ini dijadikan mangsa dan bekerja dalam tekanan. Kelak ia hanya mendatangkan masalah kepada diri doktor, keluarga dan pesakitnya.

Ah Long

KEADAAN seorang peminjam yang dikurung along di Seri Kembangan sebelum diselamatkan polis.



Apabila manusia diperlakukan seperti binatang....lu pikir la sendiri.!!..

Tuesday, 19 May 2009

Dirogol bergilir-gilir

Zaman sekarang ni macam-macam hal boleh berlaku la. Tapi kes ni tak berlaku di Malaysia. Tapi sebagai manusia yang prihatin, kalo berlaku kat mana pun mesti kesian punya la. Yang tukang amek gambar ni pon satu hal, apesal ko tak tolong? Siap boleh amek gambar lagi.

Kucing warna putih tu konon melihat dengan sedih lah tu, tapi tak bagi kucing hitam. Dia marah kat tukang amek gambar ni.



Hamboi kucing warna putih tu aku ingat nak membantu, rupanya tumpang sekaki. Kucing hitam tu pon same.



Mane pergi kucing lain? apesal dah tinggal 3 je? Hmm habis madu sepah di buang.



Aku bukan ape, kesian kat mak bapak kucing betina oren tu. Apetah lagi kat kucing oren tu. Harap ko dapat menerima dengan tenang dan terima la dugaan di dunia ini.

Wednesday, 6 May 2009

DaulaT TUANKU

USM diHatiku



USM....da 3 tahun aku belajar kat sini..terlalu banyak kenangan indah dan pahit yang aku lalui..xlama lagi aku akan pergi meninggalkan USM...1 day,aku akn balik semula ke USM...when??...ntah lerrrr...hihi

7 Days at Japan



Seminggu aku duk kat jePun, banyak mengajar aku, membuka mata aku tentang apa yang selalu orang perkatakan tentang modal INSAN...minda kelas pertaMa...kalau nak di bandingkan dengan Malaysia, memang jauh ketinggalan dari sudut 'modal insan'...bagi aku, Malaysia da mencapai status negara maju..tp kurangnya sahsiahnya kita org Malaysia..ap kita nak buat ek??..cane nak buat??..ntah la...pyh nak ubah manusia..tp, mana ad usaha..d situ ad jalan...!!!...:)...tp di hati aku ...aku sayangkan Malaysia..!!!



Pak cik ni masa mula2 aku tgk..pelik btol..pakai Lab Coat kat tepi jalan raya..pulak tu duk pegang benda macam walkie-talkie..ble sembang ngan die...rupanya ngah cari frekuensi radio..hahahahh

Sunday, 1 February 2009

Thoghut

     Thoghut adalah setiap yang disembah selain Alloh Subhanahu wa Ta’ala, ia rela dengan peribadatan yang dilakukan oleh penyembah atau pengikutnya, atau rela dengan keta’atan orang yang menta’atinya dalam hal maksiat kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala dan RasulNya.


Alloh Subhanahu wa Ta’ala mengutus para Rasul agar memerintahkan kaumnya menyembah kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala semata dan menjauhi segala bentuk thoghut. Alloh Subhanahu wa Ta’ala berfirman, yang artinya: “Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan), ‘Sembahlah Allah (semata), dan jauhilah thoghut itu’.” (QS: An-Nahl: 36)

Bentuk thoghut itu amat banyak, tetapi pemimpin mereka ada lima, yaitu:

Setan.
Thoghut ini selalu menyeru beribadah kepada selain Alloh Subhanahu wa Ta’ala. Dalil-nya adalah firman Alloh Subhanahu wa Ta’ala, yang artinya: “Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah setan? Sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.” (QS: Yaasiin: 60)

Penguasa zhalim yang mengubah hukum-hukum Alloh Subhanahu wa Ta’ala.
Seperti peletak undang-undang yang tidak sejalan dengan Islam. Dalilnya adalah firman Alloh Subhanahu wa Ta’ala yang mengingkari orang-orang musyrik. Mereka membuat peraturan dan undang-undang yang tidak diridhai oleh Alloh Subhanahu wa Ta’ala. Alloh Subhanahu wa Ta’ala berfirman, yang artinya: “Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Alloh yang mensyari’atkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Alloh?” (QS: Asy-Syuuraa: 21)

Hakim yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Alloh Subhanahu wa Ta’ala.
Jika ia mempercayai bahwa hukum-hukum yang diturunkan Alloh Subhanahu wa Ta’ala tidak sesuai lagi, atau dia membolehkan diberlakukannya hukum yang lain. Alloh Subhanahu wa Ta’ala berfirman, yang artinya: “Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir”. (QS: Al-Maa’idah: 44)

Orang yang mengaku mengetahui ilmu ghaib selain Alloh Subhanahu wa Ta’ala.
Dalam hal ini Allah Alloh Subhanahu wa Ta’ala berfirman, yang artinya: “Katakanlah, ‘Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Alloh’.” (Qs: An-Naml: 65)

Seseorang atau sesuatu yang disembah dan diminta pertolongan oleh manusia selain Alloh Subhanahu wa Ta’ala, sedang ia rela dengan yang demikian.
Dalilnya adalah firman Alloh Subhanahu wa Ta’ala, yang artinya: “Dan barangsiapa di antara mereka mengatakan, ‘Sesungguhnya aku adalah Tuhan selain Alloh’. Maka orang itu Kami beri balasan dengan Jahannam, demikian Kami memberikan pembalasan kepada orang-orang zhalim.” (QS: Al-Anbiyaa’: 29)

Setiap mukmin wajib mengingkari thaghut sehingga ia menjadi seorang mukmin yang lurus. Alloh Subhanahu wa Ta’ala berfirman, yang artinya: “Karena itu, barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Alloh Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS: Al-Baqarah: 256)

Ayat ini merupakan dalil bahwa ibadah kepada Alloh Subhanahu wa Ta’ala sama sekali tidak bermanfa’at, kecuali dengan menjauhi beribadah kepada selain-Nya. Rasululloh ShallAllahu’alaihi wa Sallam menegaskan hal ini dalam sabdanya, yang artinya: “Barangsiapa mengucapkan, ‘Laa ilaaha illallah’, dan mengingkari apa yang disembah selain Alloh, maka haram atas harta dan darahnya”. (HR: Muslim)

(Sumber Rujukan: Al Firqotun Naajiyah, Syaikh Muhammad Jamil Zainu)n

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About This Blog

  © Blogger templates 'Neuronic' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP